Bila Suami Baru Dan Bekas Duda Bermuzakarah

Friday, July 25, 2008

"Satu cerita rakyat yang tiada mengena dengan yang hidup atau telah mati. Bukan untuk memburuk sesiapa, hanya sekadar berkongsi cerita.

Dahulunya Siti Melayuwati di gilai oleh Tuan Haji Pas dan En Umno Totok.

Siti Melayuwati telah membuat pilihan dan berkahwin dengan En Umno Totok.

Setelah lama berkahwin Siti Melayuwati berasa sungguh kecewa dengan suaminya En Umno Totok yang telah banyak mengabaikan nasibnya.

Siti Melayuwati yang asalnya anak dara munggil berkulit gebu dan kaya berubah menjadi susut dan kusut dan hidup semakin susah. Kebajikannya terabai disebabkan bahana En Umno Totok yang telah lupa diri.

Hasilnya Siti melayuwati telah bertekad untuk meninggalkan En Umno Totok dan kemudiannya bercerai.

Tak lama kemudian pada 8-Mac lalu Siti Melayuwati telah menerima Tuan Haji Pas sebagai suami barunya, walaupun En Umno Totok berterusan memujuknya supaya menerimanya kembali.

En Umno Totok tetap tidak berpuas hati dan tidak berputus asa. En Umno Totok tetap mahu memenangi kembali hati jandanya Siti Melayuwati.

Hanya sebaik Tuan Haji Pas menikahi jandanya Siti Melayuwati, En Umno Totok telah mempelawa Tuan Haji Pas untuk berbincang dan bermuzakarah demi membincangkan nasib Siti Melayuwati yang sekarang telah menjadi milik Tuan Haji Pas.

Tuan Haji Pas yang terpesona dengan pelawaan itu telah menerimanya dengan hati terbuka. Tak cukup demikian, Tuan Haji Pas turut membawa 2 lagi saudara rapatnya bertemu dengan bekas duda isterinya bagi membincangkan hal Siti Melayuwati dan demi kebaikan Siti Melayuwati.

Setelah perkara itu di ketahui umum dan mula diperkatakan orang, En Umno Totok dalam kenyataannya mengakui beliau telah bertemu dan berbincang dengan suami jandanya Tuan Haji Pas. Dan Tuan Haji Pas sendiri dengan gahnya mengakui pertemuan berkenaan dan ia telah berlaku beberapa kali tanpa pengetahuan Siti Melayuwati. Dan kedua mereka yakni bekas duda dan suami Siti Melayuwati memberi alasan pertemuan itu untuk kebaikan Siti Melayuwati juga.

Untuk melunakkan Siti Melayuwati yang gundah dengan peristiwa berkenaan, Tuan Haji Pas mengatakan ia bukannya satu perbincangan atau pertemuan biasa tapi satu 'muzakarah' demi kebaikan Siti Melayuwati juga.

En Umno Totok dan Tuan Haji Pas juga bertegas tiada salahnya pertemuan, perbincangan dan muzakarah mereka berdua kerana ianya adalah untuk kebaikan Siti Melayuwati juga. Malah mereka berdua tidak menolak kemungkinan bersatu untuk menjaga Siti Melayuwati.

Siti Melayuwati sekarang sedang bingung benarkah apa yang sedang berlaku terhadap suami dan dudanya itu.

Siti Melayuwati juga sekarang mulai sangsi akan suami barunya yang baru di kahwini 8-Mac lalu.

Jika anda di tempat Siti Melayuwati, bagaimana perasaan anda, apakah yang anda rasa ?

-mrcoconut-

cubaan...!!

Monday, June 23, 2008

Pegawai tugas-tugas khas menteri besar Selangor, Yahya Shahri meletakkan jawatannya itu atas alasan "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim".

yahya sahriYahya, yang mengirim surat peletakan jawatannya kepada bekas ketuanya itu petang tadi, juga melepaskan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan PKR Selangor.

Selain hilang keyakinan, menurut surat peletakan jawatannya, Yahya tidak menyebut sebab-sebab lain kecuali ia akan "dinyatakan kemudian."

apa nak jadi ni..??baru 106 hari memerintah..hmmm